CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

December 26, 2010

Indahnya Pertemuan Itu


Sekian dulu persembahan 'merapu rapuan' yang sgt merapu..hehehe
Apa2 pun enjoyzz yerr..
Adiozz ;)

KATA-KATA KHALIFAH AR-RASYIDIN 3


SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN meninggalkan pesannya...


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu adalah;
1. Hatinya selalu berniat suci.
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5. Mengutamakan kehidupan Akhirat daripada kehidupan dunia.


Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib;
1. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat dan mengikut amalan mereka itu wajib.
2. Membaca Al-Qur'an itu fadhilat dan beramal dengannya adalah wajib.
3. Menziarahi kubur itu fadhilat dan bersedia untuknya itu wajib.
4. Menziarahi orang sakit itu adalah fadhilat dan menunaikan wasiatnya itu adalah wajib.

Wallahu'alam..

~Ada Mata Kita Lihat. Ada Telinga Kita Dengar. Ada Ilmu Kita Amal~

Sumber: Sekitar2 ;p

December 16, 2010

Butterfly Fly Fly...

BUTTERFLY IN MY STOMACH..!!! 


Rama-rama dalam perut???
Iskkk pe kehalnyerr tu? Bila pulak Musafir bela butterfly dalam pewot ni??
Haha.. actually Musafir rasa nervous laa.. nervous ni dah 2-3 minggu dah rasa, tp sekarang ni makin terasa kencang.. Terasa macam makin banyak jer butterflies tu.. huhuuu..


Kenapa nervous??
Actually Musafir nak pegi interview next week, tinggal seminggu jer lagi..
Orang selalu cakap kalo rasa nervous tu sbb  tak study, tak buat persediaan.. Ye ke?? 
Tapi Musafir study jugak tau, buat jugak sikit persediaan tau.. =)
Maybe ni nervous laen kot.. Wink wink.. hehe..

Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.. Ameen..
InsyaAllah Musafir akan lakukan yang terbaek dan yang termampu..

اللهمَّ يَسِّرْ لنا أُمُورَنَا معَ الرّاحةِ لقلوبِنَا وأَبدانِنَا، والسلامةِ والعافيةِ في دِينِنا ودُنْيانا

Kepada sesape yang baca entry ni, tolong doakan Musafir pass this interview yer.. ;)
Thanx uols.. =)

Syyohhhhh syyohhhhh syyohhhh p maen jejauh butterfly sekalian..!!!
p/s: Cantikkan rama-rama tu..? Indahnya ciptaan Yang Kuasa.. =)

Credit to mrs gudgurl for the pic

December 14, 2010

Pabila Kebusanan Melanda...

Kebusanan melanda tatkala jam 10.15 mlm..
Apa lg, dgn bantuan 'mrs gudgurl', Musafir found a website Jaringan Ilmu Pendidikan MPSS Best jugak website ni.. ada kuiz kt dalamnya..
So pelagi, utk mengisi kebowingan yang tgh hangat menghimpit diri ni, Musafir cuba la utk buwat kuiz2 atau dgn kata lain ujian personaliti yang tersedia tuh..  Teringin jgk Musafir nak tgk camana personaliti Musafir ni.. hehe..

Haaa yang ni menarik perhatian Musafir..
Dengan yakinnya Musafir memilih salah 1 corak yang ada kat situ..
Dan..
Hasilnya...









Taraaa!!!


Anda seorang yang...
Tenang
Berhati-hati
Tak Agresif
=)

You are easy-going yet discreet. You make friends effortlessly, yet enjoy your privacy and independence. You like to get away from it all and be alone from time to time to contemplate the meaning of life and enjoy yourself. You need space, so you escape to beautiful hideaways, but you are not a loner. You are at peace with yourself and the world, and you appreciate life and what this world has to offer. 

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini..

 Hehehe..
Just for fun..
;)

TQ mrs gudgurl..
Credit to Jaringan Ilmu Pendidikan MPSS coz sudi mengisi kebowingan Musafir..
Adiozzz ;)

December 12, 2010

Terima Kaseh Sudah Kenyang ;)

Tetiba jer terasa nak tulis entry pasal kenangan dulu2.. (out of blog theme..xkesah..haha) zaman2 skolah rendah.. mmg best la zaman kanak2.. masalah pon x byk..

Nak citer bab makan2 kt skolah dulu2.. pegi skolah bwk duwet xbyk.. limaposen pon dah cukup dulu2.. yang bestnya masa skolah dulu pagi2 boley makan free.. RMT.. (Rancangan Makanan Tambahan) Terima kaseh sudah kenyang terima kaseh sudah kenyang terima kaseh sudah kenyang.. :D Alhamdulillah rezeki tu.. :) sekarang ada lg ke tak ey RMT kt skolah? ada lagi rasanya..

Ginilah suasana mkn RMT dulu2..

Haa tu satu..satu lagi yang best bila nampak lori yg ada tulis DUTCH LADY besar2 masuk dlm kawasan skolah.. nampak jer lori tu dlm hati xyah ckp la, mcm nak melompat.. sbb jap lagi nak dapat air kotak pree.. hehehehe.. best wooo.. sape xmo air pree kan..kdg2 bukan sekotak jer dpt tp berkotak2, bg stok utk seminggu punya.. haa mmg syoklah..biasala zaman kanak2 kan..hihiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sedap kan..?

Tapi slalunya eden simpan air kotak ni..saja xmo minum kt skolah..sbb nak bawak balik masuk dalam peti sejuk..nak buat eskrem..sedap woo eskrem susu coklat.. sluuurrrppp..!! hehehe

Terbayang kesedapan eskrem susu coklat.. ada manis manisnya..

Lama dah xminum susu coklat ni.. nak pegi belilah..buat eskrem..hee..
Adiozzz..

December 9, 2010

Ku Mohon

 Ya Allah Ya Tuhan kami, 
kurniakan kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah petunjuk kepada kami 
dalam urusan kami dengan segala petunjuk,
mudahkanlah urusan kami ya Allah,
permudahkanlah jangan disulitkan,
kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan,
segala yang susah adalah mudah bagiMu,
Ya Allah,
sempurnakanlah dengan segala kebaikan, 
dengan rahmatMu,
Ya Allah wahai yang paling mengasihani 
daripada segala yang mengasihani...
Amin Ya Rabbal 'Alamin..


"Sedekat-dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika bersujud, maka perbanyakkanlah doa."
(Riwayat Muslim)


December 7, 2010

BICARA KHALIFAH AR-RASYIDIN 4


SAIDINA ALI BIN ABI TALIB pernah berkata...

Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Takwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat; 
1. Memberi maaf ketika marah.
2. Bersedekah ketika kesempitan.
3. Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.
4. Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

Janganlah mengharap seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan kepada dosanya.

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi.

Barangsiapa yang banyak berbicara maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya bererti dia tidak wara', sedangkan orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.


Wallahu'alam..

~Mata membaca, Akal menerima, Hati meresapi~

Sumber: Banyakk.. ;)

December 5, 2010

Saya Sayang Kawan Saya

A friend gives hope when life is low
A friend is a place when you have nowhere to go
A friend is honest
A friend is true
A friend is precious
And that my friend is YOU..!!!!

Saya Sayang Kawan Saya.. ;)





November 14, 2010

Pesan Ayah..

Antara pesanan Ayah kepada anak perempuannya..

Peliharalah lidahmu baik-baik. Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah bahawa dua hal itu merupakan racun kehidupan rumah tangga.

Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumah tangga serupa seperti neraka.

Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam hal berdandan dan berhias diri.

Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

 Jagalah dirimu baik-baik. Jangan makan sampai terlalu kenyang kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.

Ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia. Sebalinya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang. Oleh itu, hati-hatilah jangan sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

Taatilah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek serta perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu adalah kunci perceraian.

Jagalah kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

Lakukanlah kerja dengan tabah dan sabar kerana ianya telah menjadi kewajipanmu.

Aturlah baik-baik urusan rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.


-Wallahu'alam-

November 3, 2010

::.Apa yg Termampu.::

Kita tidak mampu mengubah takdir, 
tetapi 
kita mampu berdoa memohon takdir yang indah untuk diri kita..

Kita tidak mampu menolak jodoh, 
tetapi 
kita mampu berdoa memohon jodoh yang baik untuk diri kita..

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala doa dan isi hati hamba-hambaNya.. 

Wallahu'alam..
(",)

October 30, 2010

Cipta Bahagia...


Sumber: Semanis Kurma Tv9 28/10/2010 10.00pm

October 29, 2010

Sayang..Usah Menangis


BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN OLEH-NYA...

October 21, 2010

Sodapppp

There is just a picture..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
what a delicious chocolate cake!! yummy..
i like it and like it and like it!!!!


picture: credit to Google

October 20, 2010

Just some words

Missing the beautiful past
Trying to face the hard day
And keep waiting for the awesome future
With full of love..
May Allah always blessing this journey of life..

October 19, 2010

Kasih Ibu Bawa ke Syurga

 
"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...." 


Psssstttt...!!!
Semua Ibu sanggup berkorban apa saja untuk anaknya..
Tapi.. tak semua anak sanggup berkorban untuk ibunya..
Am I right???
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

October 17, 2010

Beristighfarlah~

Suatu hari Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana dilanda kemarau.

Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah, "Beristighfarlah kepada Allah."

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata,
Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh: 10-12 yang bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Dari Anas RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;
Setiap orang melakukan dosa,
Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ia bertaubat.
-Hadis Riwayat Tirmizi-

Dari Abu Bakar As Siddiq RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan
dikalangan orang-orang yang melakukan dosa,
Walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
-Hadis riwayat Abu Daud-

Wallahu'alam..

p/s: Renung2kan dan Selamat Beramal.. 
Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang membaca!!

October 1, 2010

Cinta..


Untuk semua...

Saling mencintailah hanya kerana Allah
Saling menyayangilah hanya kerana Allah
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih, sayang dan kebahagiaan tersebut...

Wallahu'alam..

September 29, 2010

Ohh Ayah..


Suatu ketika, seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya, "Ayah, mengapa wajah Ayah kian berkerut-merut dengan badan Ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab, "Sebab Ayah seorang lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah berkata, "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya Ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab, "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian jadinya." Hanya itu jawapan si Ibu. 

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, Aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.."

*Sumber~ emel gue jugakk..=D

 


Psssttt!!!
Nak tau tak?
Saya sayang sangat Ayah saya.. ;)

September 19, 2010

PESANAN KHALIFAH AR-RASYIDIN 2


SAIDINA UMAR AL-KHATTAB pernah berkata...

Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya Hikmah.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

Orang yang mencintai Akhirat pasti Dunia juga akan menyertainya.

Siapa yang bersabar ke atas sesuatu ujian, Allah akan sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga yang mana disukainya.

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Siapa yang takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat dan kehendaknya akan ditunaikan.

Wallahu'alam..

"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik"

Lagiii....
To be Continued on next post!!!
See yaaa... =)

Sumber: merata tempat ;)

September 9, 2010

September 2, 2010

Hanya PadaMu


Ya Allah Ya Tuhanku,
Mengapa aku masih mengingatinya
Mengapa aku harus merinduinya
Mengapa aku harus menyimpan harapan ini kepadanya

Ya Allah,
Daku sedar, Ya Allah
Dosaku menggunung tinggi, tidak terhitung nilainya
Aku sedar, ya Halim,
UjianMu ini kaffarah daripada dosa-dosaku,
Jiwaku ini terlalu kotor, imanku ini terlalu lemah,
Ampunilah aku ya Allah

Ya Allah
Bantulah aku, berikanlah aku kekuatan
Untuk kuserahkan cinta ini hanya untukMu
Untuk kusandarkan harapan ini hanyalah kepadaMu

Ya Allah
Tolonglah aku, bantulah aku untuk bermujahadah
Melawan mainan perasaan ini
Tiada siapa yang layak membantu
Melainkan Engkau, ya Aziz

Hanya yang kupinta, ya Allah
Jika "dia" tercipta untukku
Engkau berikanlah petunjukMu
Istiqamahkan aku didalam perjuangan ini
Demi cintamu dan agamaMu

Cita-cita hanya satu, ya Allah
Syahid untuk bertemu denganMu
Di destinasi yang kekal abadi suatu masa nanti
Ampunilah aku ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Amin ya Rabbal Alamin..


*Sumber: tak kesah la kt mana pon =D
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al-Mu'min:60)

August 26, 2010

PUJANGGA HIKMAH KHALIFAH AR-RASYIDIN 1



SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ pernah berpesan...

Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan tanpa berperahu.
Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga lima perkara;
1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
3. Akhirat itu kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh.
4. Kubur itu kegelapan dan penerangnya adalah kalimah 'La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah'.
5. Siratul Mustaqim itu kegelapan dan penerangnya adalah keyakinan.

Sesungguhnya Iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat dan menyeru ke arah syahwat. Dunia meyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyeru berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampuanNya. 
Siapa yang menyahut seruan Iblis maka terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu maka terkeluarlah roh kemanusiaannya. Siapa yang menyahut seruan syhawat terkeluarlah akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota maka terkeluarlah Syurganya. Dan siapa yang menyahut seruan Allah maka terkeluarlah segala kejahatannya dan diperolehi segala kebaikan. 

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu dari empat sifat yang membinasakan;
1. Dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan digunakan untuk kejahatan juga.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Terdapat 8 perkara yang menjadi perhiasan kepada 8 perkara;
1. Menjaga perkara haram adalah perhiasan kepada fakir.
2. Syukur adalah perhiasan kepada nikmat.
3. Sabar adalah perhiasan kepada setiap dugaan.
4. Tawadduk adalah perhiasan kepada kemuliaan.
5. Berlemah lembut adalah perhiasan kepada ilmu.
6. Merendah diri adalah perhiasan kepada orang yang banyak bercakap.
7. Meninggalkan riak adalah perhiasan kepada kebaikan.
8. Khusyuk adalah perhiasan kepada solat.

Wallahu'alam..
Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. =)

Okay yaa!! 
To be continued on the next post... ;)
Sumber: mana2 ajer..!!

August 25, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga..


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah dengan apa yang ada.


~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~

August 21, 2010

Diet Rasulullah SAW

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.." 
(Al-Baqarah: 168)

Tanpa kita sedari, di dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
  
InsyaAllah jika kita mengikut diet Rasullullah ini, kita tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU

 
Rasulullah juga mengajar kita cara makan;

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU KEMUDIAN BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YANG MENINGGALKAN
MAKAN MALAMNYA, DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.. cubalah...
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, tetapi apabila kita sudah tua nanti.

* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
 
* Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain;

* Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. 

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan setelah habis makan hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim (pencerna makanan) banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. 

Wassalam...
**Credit to my fren yg sudi kongsi artikel ni.. =)
 
"...makan minumlah dan jangan berlebih-lebihan (melampaui batas yang diperlukan tubuh dan batas-batas yang dihalalkan). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebih"
(Al-A'raaf: 31)
 
p/s: makanan jasmani adalah apa yang kita makan dan makanan rohani adalah doa sebelum kita makan.. makanya berdoalah sebelum makan supaya diberkati.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...