CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

October 17, 2010

Beristighfarlah~

Suatu hari Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana dilanda kemarau.

Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah, "Beristighfarlah kepada Allah."

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata,
Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh: 10-12 yang bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Dari Anas RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;
Setiap orang melakukan dosa,
Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ia bertaubat.
-Hadis Riwayat Tirmizi-

Dari Abu Bakar As Siddiq RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan
dikalangan orang-orang yang melakukan dosa,
Walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
-Hadis riwayat Abu Daud-

Wallahu'alam..

p/s: Renung2kan dan Selamat Beramal.. 
Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang membaca!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...