CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

November 14, 2010

Pesan Ayah..

Antara pesanan Ayah kepada anak perempuannya..

Peliharalah lidahmu baik-baik. Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah bahawa dua hal itu merupakan racun kehidupan rumah tangga.

Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumah tangga serupa seperti neraka.

Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam hal berdandan dan berhias diri.

Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

 Jagalah dirimu baik-baik. Jangan makan sampai terlalu kenyang kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.

Ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia. Sebalinya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang. Oleh itu, hati-hatilah jangan sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

Taatilah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek serta perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu adalah kunci perceraian.

Jagalah kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

Lakukanlah kerja dengan tabah dan sabar kerana ianya telah menjadi kewajipanmu.

Aturlah baik-baik urusan rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.


-Wallahu'alam-

November 3, 2010

::.Apa yg Termampu.::

Kita tidak mampu mengubah takdir, 
tetapi 
kita mampu berdoa memohon takdir yang indah untuk diri kita..

Kita tidak mampu menolak jodoh, 
tetapi 
kita mampu berdoa memohon jodoh yang baik untuk diri kita..

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala doa dan isi hati hamba-hambaNya.. 

Wallahu'alam..
(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...