CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

October 30, 2010

Cipta Bahagia...


Sumber: Semanis Kurma Tv9 28/10/2010 10.00pm

October 29, 2010

Sayang..Usah Menangis


BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN OLEH-NYA...

October 21, 2010

Sodapppp

There is just a picture..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
what a delicious chocolate cake!! yummy..
i like it and like it and like it!!!!


picture: credit to Google

October 20, 2010

Just some words

Missing the beautiful past
Trying to face the hard day
And keep waiting for the awesome future
With full of love..
May Allah always blessing this journey of life..

October 19, 2010

Kasih Ibu Bawa ke Syurga

 
"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...." 


Psssstttt...!!!
Semua Ibu sanggup berkorban apa saja untuk anaknya..
Tapi.. tak semua anak sanggup berkorban untuk ibunya..
Am I right???
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

October 17, 2010

Beristighfarlah~

Suatu hari Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana dilanda kemarau.

Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Selepas itu, datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, "Mohonlah keampunan dari Allah."

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah, "Beristighfarlah kepada Allah."

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata,
Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh: 10-12 yang bermaksud:
"Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Dari Anas RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda;
Setiap orang melakukan dosa,
Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ia bertaubat.
-Hadis Riwayat Tirmizi-

Dari Abu Bakar As Siddiq RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan
dikalangan orang-orang yang melakukan dosa,
Walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
-Hadis riwayat Abu Daud-

Wallahu'alam..

p/s: Renung2kan dan Selamat Beramal.. 
Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang membaca!!

October 1, 2010

Cinta..


Untuk semua...

Saling mencintailah hanya kerana Allah
Saling menyayangilah hanya kerana Allah
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih, sayang dan kebahagiaan tersebut...

Wallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...