CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

August 26, 2010

PUJANGGA HIKMAH KHALIFAH AR-RASYIDIN 1



SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ pernah berpesan...

Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan tanpa berperahu.
Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga lima perkara;
1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
3. Akhirat itu kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh.
4. Kubur itu kegelapan dan penerangnya adalah kalimah 'La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah'.
5. Siratul Mustaqim itu kegelapan dan penerangnya adalah keyakinan.

Sesungguhnya Iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat dan menyeru ke arah syahwat. Dunia meyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyeru berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampuanNya. 
Siapa yang menyahut seruan Iblis maka terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu maka terkeluarlah roh kemanusiaannya. Siapa yang menyahut seruan syhawat terkeluarlah akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota maka terkeluarlah Syurganya. Dan siapa yang menyahut seruan Allah maka terkeluarlah segala kejahatannya dan diperolehi segala kebaikan. 

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu dari empat sifat yang membinasakan;
1. Dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan digunakan untuk kejahatan juga.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Terdapat 8 perkara yang menjadi perhiasan kepada 8 perkara;
1. Menjaga perkara haram adalah perhiasan kepada fakir.
2. Syukur adalah perhiasan kepada nikmat.
3. Sabar adalah perhiasan kepada setiap dugaan.
4. Tawadduk adalah perhiasan kepada kemuliaan.
5. Berlemah lembut adalah perhiasan kepada ilmu.
6. Merendah diri adalah perhiasan kepada orang yang banyak bercakap.
7. Meninggalkan riak adalah perhiasan kepada kebaikan.
8. Khusyuk adalah perhiasan kepada solat.

Wallahu'alam..
Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. =)

Okay yaa!! 
To be continued on the next post... ;)
Sumber: mana2 ajer..!!

August 25, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga..


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah dengan apa yang ada.


~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~

August 21, 2010

Diet Rasulullah SAW

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.." 
(Al-Baqarah: 168)

Tanpa kita sedari, di dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
  
InsyaAllah jika kita mengikut diet Rasullullah ini, kita tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU

 
Rasulullah juga mengajar kita cara makan;

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU KEMUDIAN BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YANG MENINGGALKAN
MAKAN MALAMNYA, DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.. cubalah...
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, tetapi apabila kita sudah tua nanti.

* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
 
* Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain;

* Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. 

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan setelah habis makan hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim (pencerna makanan) banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. 

Wassalam...
**Credit to my fren yg sudi kongsi artikel ni.. =)
 
"...makan minumlah dan jangan berlebih-lebihan (melampaui batas yang diperlukan tubuh dan batas-batas yang dihalalkan). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebih"
(Al-A'raaf: 31)
 
p/s: makanan jasmani adalah apa yang kita makan dan makanan rohani adalah doa sebelum kita makan.. makanya berdoalah sebelum makan supaya diberkati.. =)

August 16, 2010

4 WANITA MULIA

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Ada empat wanita mulia yang penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (bonda Isa al-Masih), Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah) dan Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)" -Riwayat Bukhari-


Asiah  adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung dengan suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol bagi wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah.

Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para Muslimah.  

p/s: Wanita solehah ibarat permata di celahan kaca.. 

August 13, 2010

HambaMu Memohon~


YA ALLAH..
Kupanjatkan rasa kesyukuran untuk usia yang telah ENGKAU berikan padaku..
Juga pada setiap rezeki dan dugaan yang telah ENGKAU turunkan..
Sesungguhnya telah banyak yang telah ENGKAU kurniakan kepadaku..
Dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMU..

YA ALLAH RABBUL IZZATI..
KAU pimpinlah hati hambaMU ini..
Pimpinlah langkah ini agar sentiasa berpijak di jalan kebenaran..
Jalan yang sentiasa ENGKAU redhai..
Jalan yang sentiasa ENGKAU rahmati..

YA ALLAH YA RAHMAN..
Aku memohon perlindungan dariMU..
Dari setiap noda hitam yang membelenggu..
Berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi perjalanan hidup ini..
Sesungguhnya ENGKAU tempat aku meminta segalanya..

Amin Ya Rabbal Alamin..

~Musafir di Bumi ALLAH~
 

Kelahiran itu...


Selasa
13 Ogos 1985
6.15 pm

Hari ini genap 25 tahun usiaku.. Terima kasih ya Tuhan kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati alamMu yang indah ini dan aku memohon kepadaMu ya Allah semoga usiaku masih dipanjangkan..

Semoga dengan peningkatan usia ini seiring dengan peningkatan keimanan dan ketakwaanku kepadaMu Ya Allah.. 

Menurut kajian Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, individu yang lahir pada bulan OGOS kebanyakannya mempunyai karekter-karekter berikut;
  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk terutama apabila cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permerhatian yang tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka memimpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan
Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Penyayang,
KepadaMu kusampaikan Permohonan,
Penuhilah Hariku dengan Kebaikan,
Kemenangan dan Pertolongan,
Nur serta Keberkatan,
Juga Petunjuk (dalam kehidupan)
Amin Ya Rabbal Alamin...

August 10, 2010

Tetamu Oh Tetamu




Pada suatu hari, seorang lelaki ingin berbicara dengan Rasulullah S.A.W,
telah datang bertemu dengan isteri baginda,
Aisyah R.A.

Setelah Rasulullah diberitahu mengenainya, lelaki itu pun masuk.
Sebelum dia masuk, baginda telah memberitahu Aisyah bahawa lelaki tersebut terkenal di kalangan kaumnya sebagai orang yang kurang adab sopannya.

Lelaki itu terus duduk di hadapan baginda tanpa adab yang baik,
namun baginda berbicara dengannya dengan lemah lembut dan bersopan santun,
walaupun dia sendiri tidak menunjukkan akhlak yang baik sewaktu bercakap dengan Rasulullah S.A.W.

Aisyah amat terkejut melihat sikap baginda yang melayan lelaki kurang sopan itu dengan baik.
Aisyah bertanya; 
"Kamu tahu lelaki tadi orang yang tidak jujur dan taat, tetapi kamu bercakap dengannya dengan lemah lembut, sopan dan menunjukkan kasih sayang kepadanya?"

Rasulullah S.A.W menjawab;
"Orang yang tidak mahu bergaul dan berhubung dengan orang lain kerana dia menganggap orang lain itu tidak baik, adalah orang yang rendah akhlaknya."


p/s: Setiap tetamu yang datang itu membawa rahmat dariNya..
Wallahu'alam..

Ramadhan Datang Lagi...

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka semua pintu Syurga dan dikunci semua pintu Neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebaikan" -HR Ahmad-


Makanya teman-teman, ayuhlah kita menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, bukan dengan beribu keluhan. Gembira dan syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini., kerana belum pasti kita akan bertemunya pada masa hadapan. 


"Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun menjadi Ramadhan" ~al-hadith~

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menyucikan kembali hati yang pudar selama ini dan melumpuhkan nafsu-nafsu gelap yang sentiasa membelenggu diri kita. InsyaAllah..

Sesungguhnya Sabda Rasulullah...
"Awalnya Rahmah, Pertengahannya Maghfirah dan Penghujungnya Pembebasan dari Api Neraka" ~Al-hadith~

p/s: Ayuhlah kita bersama menggapai redha Ilahi... :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa..

August 6, 2010

10 Perkara Doa Ditolak


Suatu hari, Ibrahim bin Adham (seorang raja yang zuhud) pergi ke pasar Basrah. Dia bertemu dengan orang-orang di sana dan mereka bertanya kepadanya, "Wahai Tuan, mengapa doa kami tidak dikabulkan? Apa kesalahan kami?"

Jawab Ibrahim. "kerana hati kamu mati daripada 10 perkara."

Tanya mereka, "apakah itu, tuan?"

Jawab Ibrahim, "Kamu mengenali Allah tetapi tidak mentaatiNya. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutinya. Kamu mengetahui al-Qur'an tetapi tidak mengamalkannya. Kamu memakan kurniaan-Nya tetapi tidak pernah mensyukurinya. Kamu tahu Syurga namun tidak mencarinya. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Kamu mengenal syaitan namun tidak berusaha untuk memeranginya, bahkan menyambut ajakannya. Kamu tahu kematian namun tidak bersiap menghadapinya. Kamu pernah mengubur mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran. Dan kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri."


*SHARING IS CARING AND CARING IS LOVE*

August 5, 2010

Secebis Doaku...



Ya Allah.. 
Tuhan Yang Maha Pengasih..
Jika aku jatuh cinta, berikanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepadaMu...
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Wahai Maha Penyayang..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati orang yang hatinya bertaut kepadaMu..
Agar aku tidak jatuh ke dalam jurang cinta yang murah..

Wahai Maha Penyayang..
Jika aku merindu
Rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Wahai Maha Pengasih..
Jika aku merindu, jagalah rinduku kepadaMu
Agar aku tidak lalai merindui syurgaMu..

Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hatiku ini..

Amin Ya Rabbal Alamin..


August 4, 2010

One Day We Have To Go Alone...

From those around I hear a Cry
A muffled sob, a Hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow
Within my soul, from Head to Toe
And then, Last Breath escapes my lips
It's Time to leave
And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date
When it must leave its body's core
And meet with its Eternal Fate
Oh mark the words that I do say
Who knows?
Tomorrow could be your Day
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind!
Am I still Me
Or has my soul been led astray
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return
Some shall rejoice, while others burn
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed)
They cry, not knowing I cry worse
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say
Who knows
Tomorrow could be your Day
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ...



Ketahuilah...
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya..
Begitu juga dengan kehidupan..
Janji Allah itu pasti!!
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian..
Wallahu'alam

August 2, 2010

Lukman Al-Hakim Berpesan...


Nak share dengan semua... Lukman Al-Hakim pernah berpesan...

1. Hai anakku.. Ketahuilah.. Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa. Isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

3. Hai anakku.. Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaddu' kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

4. Hai anakku.. Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kau lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang, dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar takut. Tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7. Hai anakku.. Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang. Dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula, itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku.. Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

9. Hai anakku.. Janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, kerana dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku.. Bila engkau mempunyai dua pilihan; takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati. Kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan. Kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku.. Janganlah engkau langsung menelan saja kerana manisnya barang, dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu. Kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak, dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku.. Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar. Maka setelah banyak, ia tidak mampu memikulnya. padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku.. Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu. Dengan demikian, engkau akan disukai orang, melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku.. Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain. Kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku.. Janganlah engkau condong kepada urusan dunia, dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja. Kerana engkau diciptakan Allah, bukanlah untuk dunia saja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku.. Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar. Kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku.. Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerasa sesuatu yang menggelikan. Janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti. Janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu. Janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang, tentu akan disayangi. Sesiapa yang pendiam, akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun. Dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor, pasti akan menyesal.

24. Hai anakku.. Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesunggunya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya. Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku.. Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu saja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

~SHARING IS CARING~

*Sumber: merata tempat.. hehehe ;)

August 1, 2010

Mak Ibu Mommy Mama Ummi


Kita lahir dari rahim mak kita...
Sembilan bulan mak kita mengandungkan kita...
Bila lahir, mak lah orang pertama kita tengok...
Bila dahaga, yang susukan kita... mak
Bila lapar, yang suapkan kita... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping kita... mak
Selalunya, perkataan pertama yang kita sebut... Mak
Bila bangun tidur, kita cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... mak
Bila nak bermanja, kita dekati... mak
Bila nak bergesel, kita duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh memujuk kita hanya... mak
Bila nakal, yang memarahi kita... mak
Bila merajuk, yang memujuk kita cuma... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... mak
Bila takut, yang tenangkan kita... mak
Bila nak peluk, yang kita suka peluk... mak
Bila sedih, kita mesti telefon... mak
Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu... mak
Bila bengang, kita suka luah pada... mak
Bila takut, kita selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... mak
Bila buat hal, yang marah kita dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaran kita... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam  dan lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita... mak
Yang selalu berleter kat kita... mak
Yang selalu puji kita... mak
Yang selalu nasihat kita... mak
Bila nak kahwin, orang pertama kita tunjuk dan rujuk... mak


Bila kita ada pasangan hidup sendiri...

Bila seronok, kita cari... .pasangan kita
Bila sedih, kita cari... . mak
Bila berjaya, kita ceritakan pada... pasangan kita
Bila gagal, kita ceritakan pada... mak
Bila bahagia, kita peluk erat... pasangan kita
Bila berduka, kita peluk erat... mak
Bila nak bercuti, kita bawa... pasangan kita
Bila sibuk, kita hantar anak ke rumah... mak
Selalu.. kita ingat pasangan kita
Selalu.. mak yang ingat kat kita
Bila-bila... kita akan telefon pasangan kita
Entah bila... kita nak telefon mak
Selalu... kita belikan hadiah untuk pasangan kita
Entah bila... kita nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan~
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada...

MAKKKKK... RINDU MAK... RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
Dan akhir sekali...
Berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...
SAYANG MAK..

*Sumber: mana-mana aja!!

Ayuh teman-teman...!!
Hargailah jasa dan pengorbanan Ayah & Ibu selagi mereka masih ada.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...