CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jejak Musafir.. Tinggalkan jejak Tuan Hamba dan InsyaAllah Tuan Hamba akan Hamba jejaki.. ;)

July 31, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu..

*Petikan dari kata-kata Ibn Qayyim...
 
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada' dan qadarNya dan sentiasa sabar hingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih lagi tidak dapat membendung hajat hati si hamba itu...


"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku" (Al-Baqarah: 152) 

All About Love..

Janganlah tertarik pada seseorang hanya kerana rupa parasnya,
kerana ianya hanyalah sementara..

Janganlah pula tertarik pada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan..

Tertariklah pada seseorang itu kerana pegangan Islamnya,
kerana dengan itulah yang mampu membuat hari-hari gelap menjadi cerah...

p/s: Semoga kita menemukan insan seperti itu.. InsyaAllah..

*Teringat pada petikan ini...
Cinta itu umpama rama-rama
Semakin dikejar, semakin jauh ia terbang..
Tapi jika kita membiarkannya
Pasti ia akan datang dengan sendirinya..

Wallahu'alam.. ;)


Memo~

Jangan pernah ucapkan 'aku cinta padamu' jika kamu sendiri tidak peduli!!
Jangan pernah soal perasaan jika perasaan itu tak pernah ada!!
Jangan pernah menyentuh hati seseorang jika kamu hanya menyakitkan!!
Dan jangan pernah melihat matanya jika yang dilakukan hanyalah palsu!!!!!

Sangka itu Sangka ini


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api.. 


"Jauhilah oleh kalian berburuk sangka, sesungguhnya berburuk sangka itu termasuk perkataan yang paling dusta. Dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan buruk sangka, jangan membuat rangsangan dalam penawaran barang, jangan benci-membenci, belakang-membelakangi, dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seorang muslim untuk memulau saudaranya lebih dari tiga hari."
(HR Bukhari dan Muslim)
 

Malam Itu..


Satu kisah sebagai bahan renungan Kita
Kisah indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa 

Justeru malam pertemuan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka
Tiada sehelai benangpun menutupinya
Tiada sedikitpun rasa malu
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih
Itulah susuk Kita
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan
Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan
Tataplah... tataplah... itulah wajah Kita 

Keranda pelaminan langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahat
Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba dulunya
Siraman air mawar pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya... tiba masa pengantin
Menunggu dan ditinggal sendirian
Untuk mempertanggungjawab seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah
Dan ketika 7 langkah telah pergi
Sang Malaikat lalu bertanya
Kita tidak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur
Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur
Kita tidak tahu
Dan tak seorang pun di dunia ini yang tahu...

Itulah hakikatnya yang harus kita tempuhi..
Bersediakah kita untuk menghadapinya?
Tatkala seruan itu datang, tiada siapa pon yang mampu mengelak.. tiada seorang pon yang mampu membantu..

"Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh" (Riwayat Muslim)
 
Wallahu'alam...

Hidup itu InsyaAllah & Mati itu Pasti!!!

July 30, 2010

SIAPA ANDA??


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang selalu bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini!!

Siapakah orang yang miskin??
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa ingin mengumpulkan harta tanpa mengeluarkan zakat!!

Siapakah orang yang rugi??
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan!!

Siapakah orang yang cantik??
Orang yang cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik!!

Siapakah orang yang sibuk??
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman!!

Siapakah orang yang mempunyai akal??
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka!!

Siapakah orang yang kedekut??
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan pesanan ini begitu sahaja dan tidak menyampaikan pula kepada orang lain!!

...tepuk dada tanya iman...

~Sebarkanlah ilmu yang anda miliki walaupun sedikit~

p/s: nak jadi~ kaya, untung, cantik, pemurah..
         taknak jadi~ miskin, rugi, buruk, kedekut..

Lekakah Kita???

Teman...
Mungkin kerana kita leka,
sekali pena terlepas dari genggaman,
ucapan 'Oopsss' mendahului YA ALLAH.

Bila perut sudah kenyang 'Haa..kenyangnya' mengatasi 
ALHAMDULILLAH.

Bila diri terpegun akan keindahan alam,
SUBHANALLAH tertutup oleh 'wahhh cantiknya'.

Bila dikunjungi berita malang 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN.
 
Kadangkala kita terlupa kerana kita terbiasa begitu.
Tapi, ingatlah agar bila Izrail membawa perkhabaran biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata..

p/s: tetiba teringat kata-kata ini..
"Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul" ;)
Wallahu'alam..

~WANITA~


WANITA SEBAGAI SEGALANYA...

Ketahuilah..
Wanita itu sebagai seorang anak..
Wanita itu sebagai seorang gadis...
Wanita itu sebagai seorang pemudi...
Wanita itu sebagai seorang isteri...
Wanita itu sebagai seorang ibu...
Wanita itu sebagai seorang nenek..
dan..
Wanita itu sebagai seorang srikandi...

Subhanallah.. Hebatnya seorang wanita ciptaan Maha Kuasa!!!

Semoga cerdikmu secerdik Aishah
Cantikmu secantik Ainul Mardhiah
Pengorbananmu setinggi Sumayyah
Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah
Dan..
Semoga tempatmu di Syurga al-Jannah..
InsyaAllah.. Amiinn..

-Dunia ini adalah hiasan.. dan seindah hiasan adalah wanita solehah-
p/s: Wanita solehah adalah dambaan setiap lelaki.. ;)

"Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh" -al-hadith-

Teman oh Teman...

"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku menghadapi atau selepas kematianku. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, akan aku setia padanya..." -Imam Syafie-


Kata orang...
Sahabat itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah...

Pesanan Untuk Temanku..

Temanku..
Jika hari ini aku terlalu gembira, 
Sedarkanlah aku dengan dengan amaran-amaran Allah.
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.
Jika aku lemah tak terdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, 
Ajaklah aku meleraikan segera.
Jika hatimu pernah terluka,
Luahkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lenaku dengan kalungan doa.
Berjanjilah wahai teman,
Ukhuwah kita untuk selamanya...


Pesan seorang kawan...

Berkawanlah selagi ada hati
Bercintalah selagi ada yang sudi
Bergembiralah selagi ada insan di sisi
Dan hargailah teman selagi terasa ianya bererti..

~Welcome to Tintaku~

Assalamualaikum pembuka bicara..

Selamat Datang ke laman blog ini..
Welcome home to this blog..
Ahlan wasahlan ila haza blog..
(",)

Semoga segala pengisian di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua walaupun sedikit..
Selamat menjelajah dan menggodeh..
Enjoy your reading.. :D

Psttt...!! Nak tau tak.. Ilmu yang sedikit itu apabila dikongsi akan menjadi luas.. InsyaAllah.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...